Kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali

 Kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali

JAKARTA, 21 April — Sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara.

Menurut media tempatan, TNI sedang mengesan kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 itu, yang membawa 53 kru kapal.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi tadi di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.

Jurucakap TNI ketika dihubungi Bernama berkata, Panglima Tentera TNI Hadi Tjahjanto dijadual mengadakan sidang akhbar di Bali, jam 8.30 pagi esok.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  2