Kapal korek terbakar, 4 pekerja terselamat

 Kapal korek terbakar, 4 pekerja terselamat

Oleh Nurman Nasyriq

BATU PAHAT, 17 Mac – Sebuah kapal korek pasir yang sedang dibaiki terbakar di Jalan Minyak Beku, Batu 21/2 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.26 petang, seorang pekerja penyelenggaraan menyedari terdapat kepulan asap sebelum berlaku kebakaran.

Beliau bersama tiga lagi rakannya cuba memadam kebakaran tetapi tidak berjaya sebelum menyelamatkan diri dan meminta bantuan bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penguasa Bomba Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi berkata, sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Seramai 27 anggota dari BBP Batu Pahat serta BBP Penggaram terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang dibahagikan kepada dua sektor.

“Sektor pertama untuk ‘cooling’ di bahagian enjin kapal dan sektor kedua membuat pemadaman menggunakan teknik ‘total flooding‘ di bahagian enjin conveyor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mohamed Faiz Muin berkata, kebakaran berlaku pada enjin conveyor bahagian bawah dek haluan kapal.

Kebakaran tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua pekerja tersebut sempat menyelamatkan diri.

Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke bahagian enjin di buritan kapal dan operasi tamat pada jam 7.15 petang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  2  =  7