Kanye West seru nama Kim Kardashian?

 Kanye West seru nama Kim Kardashian?


Kanye West dan Drake mengembalikan gabungan unik mereka kembali ke Los Angeles pada malam Khamis itu memberi pendedahan mengenai perjuangan pembebasan Larry Hoover.

Lebih menarik apabila dua ikon rap itu menyarungkan barangan yang tertulis ‘ Free Larry Hoover’ yang turut dijual di konsert tersebut.

Antara lagu yang dipersembahkan oleh Drake adlah God’s Plan, Life Is Good and Certified LOver Boy. Manakala, Kanye pula turut menyelitkan lagu Drake yang berjudul Find Your Love pada konsert tersebut.

Kanye menyanyikan single berkenaan sambil menyebut nama bekas isterinya, Kim Kardashian pada penghujung lagu itu. 

Persembahan Kanye memanggil nama penuh nama penuh bekas isterinya turut tular di Tik Tok.

“I need you to run right back to me, more specifically, Kimberly,” nyanyi Kanye.

Menjengah ke ruangan komen, persembahan Kanye itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat. Namun, kebanyakkannya meminta Kim untuk meneruskan hidup dengan kekasih baru.

Malah, mereka juga berharap Kanye tidak terus bersikap mementingkan diri kerana menganggu KIm yang ingin meneruskan kehidupan. 

Julai lalu, West mengadakan mengadakan acara pra-dengar album akan datangnya itu. Ia cuma dihadiri jemputan khas dan mereka dilarang membuat rakaman sewaktu acara berlangsung.

Selain menyentuh mengenai perkahwinannya, West turut bercerita kisah dia dijatuhkan di Twitter dalam album terbabit. Tidak ketinggalan, kegagalannya dalam persaingan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Pada Februari lalu, pasangan terbabit akhirnya bercerai susulan khabar angin mereka sudah berpisah sejak beberapa bulan sebelumnya.

Kardashian dan West mula bercinta pada 2012 dan bertunang pada 2013. Mereka berkahwin pada 2014 di Itali selepas kelahiran anak sulung, North.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

58  −    =  55