Kanak-kanak malang maut terjatuh tingkat 29

 Kanak-kanak malang maut terjatuh tingkat 29

PETALING JAYA: Tragis dan memilukan apabila seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut di kediamannya semalam.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu, maut kerana telah terjatuh di kediamannya yang bertempat di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak malang berkenaan didakwa telah ditinggalkan oleh bapanya secara bersendirian di kediaman mereka lalu telah terjatuh dari 29 ke tingkat 8.

Menurut bapanya, kejadian tersebut berlaku dalam anggaran pukul 2.41 petang dan pihak polis telah menerima maklumat daripada panggilan keceman 999 berkenaan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, Sumber Foto: Utusan Malaysia,

Memetik sumber Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci kerana telah keluar untuk membeli barang.

Menurut beliau, bapa mangsa menyedari insiden ini setelah pulang ke rumah, lalu mendapati anaknya telah tiada. 

“Bapa kemudiannya telah meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari mangsa. 

Mangsa bagaimanapun telah ditemukan oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat 8 dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Gambar sekadar hiasan

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat satu kerusi berada di tepi tingkap bilik tersebut.  

Ujar beliau, bapa mangsa mengesyaki anaknya telah terjatuh dari tingkap rumah mereka. 

Tingkap di dalam bilik tersebut juga tidak mempunyai jeriji dan hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dalam insiden ini.

“Pihak Pengurusan telah menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan kematian mangsa telah disahkan oleh pegawai paramedik yang berada di tempat kejadian,” jelasnya.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ekoran itu, Polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  1  =