• Sunday, 20 June 2021, 7:54 am

Kampung Sungai Penchala dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

 Kampung Sungai Penchala dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

KUALA LUMPUR 10 JUN 2021. Kampung Sungai Penchala dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari 10 hingga 23 Jun ini berikutan berlaku peningkatan ketara kes COVID-19 positif dikesan dalam masa dua minggu. WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di Kampung Sungai Penchala 10 Jun hingga 23 Jun ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu dikenakan PKPD selepas merekod peningkatan ketara kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu.

Seorang petugas kesihatan dilengkapi dengan Personal Protective Equipment (PPE) dilihat di Kampung Sungai Penchala yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. WMY/Supian Ahmad

“Setakat hari ini, sebanyak 65 kes kes positif COVID-19 sudah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Justeru, pelaksanaan PKPD dapat memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan serta memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes untuk diasingkan secepat mungkin.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD itu adalah sama seperti yang diumumkan, sebelum ini,” katanya.

Tinjauan wacana.my mendapati anggota polis dan tentera menjaga pintu keluar dan masuk, sementara beberapa buah lori tangki air turut dilihat keluar dari kawasan yang dipagari oleh kawat berduri itu.

Sebuah lori tangki yang membawa air dilihat keluar dari Kampung Sungai Penchala. WMY/Supian Ahmad

 

Tiada pergerakan keluar dan masuk oleh orang awam yang dibenarkan, hanya perkhidmatan pos dan penghantaran dibenarkan di Pos Kawalan.

Sehingga hari ini terdapat 5,671 kes jangkitan COVID-19 dengan Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 1,510 kes.

Supian Ahmad

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *