Kami hilang segalanya, hanya tinggal nyawa – Tan

 Kami hilang segalanya, hanya tinggal nyawa – Tan

SHAH ALAM: Tiga perayaan penting bagi tahun ini disambut dalam suasana pilu buat penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam apabila terpaksa menghadapi musibah banjir pada Sabtu lalu.

Perayaan penting kaum Cina, Krismas dan Tahun Baru tidak semeriah seperti sebelum ini malah kemeriahan perayaan sudah lama tidak dirasai sejak pandemik Covid-19 ditambah musibah banjir ketika ini

Antara kawasan Taman Sri Muda yang terjejas akibat banjir

Banyak kerosakan dan kemusnahan telah berlaku di kawasan Taman Sri Muda dilaporkan, selain itu dikhabarkan terdapat kematian telah berlaku di sini.

Menurut salah seorang penduduk Cina di kawasan Taman Sri Muda bernama Tan, dia redha dengan ujian yang diterima, meskipun kehilangan dan keroskan harta benda, namun dia bersyukur kerana masih terselamat dalam bencana pada kali ini.

“Sangat teruk, dua hari lepas, perayaan tahun baharu Cina, jadi kami tiada tempat tinggal, kami kehilangan semua harta benda hanya tinggal nyawa saja,

“Esok perayaan Krimas pula dan selang beberapa hari selepas itu perayaan Tahun Baharu tetapi keadaan kami sekarang yang kehilangan segala-galanya turut memadamkan semangat untuk meraikan perayaan penting berkenaan.

Kerja-kerja pembersihan ini tidak boleh selesai dalam masa singkat, ia mengambil masa berbulan dan kami tidak boleh menginap di kediaman,” ujar Tan pada Wacana.my.

Difahamkan, paras air di kawasan Taman Sri Muda kini sudah surut dan keadaan kembali seperti sedia kala.

Kerja pembersihan sedang dijalankan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Kementerian Wilayah Putrajaya (KWP) dan beberapa badan agensi bukan kerajaan (NGO) di kawasan yang terjejas ini.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

43  −    =  34