Kami hargai pandangan ibu bapa serta calon SPM

 Kami hargai pandangan ibu bapa serta calon SPM

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Beliau menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Facebook Dr Radzi Jidin hari ini berkata KPM menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon SPM 2021 berkaitan jadual SPM 2021, yang telah dikeluarkan oleh KPM.

” Kami (KPM) mengambil kira semua pandangan yang diberikan dan saya telah duduk berbincang bersama Lembaga Peperiksaan dan juga Pengurusan Tertinggi KPM untuk melihat semua pandangan yang diberikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya, menganalisa satu persatu pandangan yang telah diberikan itu.

“InsyaAllah kami (KPM) akan mengeluarkan satu jadual baharu berkaitan dengan peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  6  =