Kalau setakat kejar populariti…. – Tiara Jacquelina

 Kalau setakat kejar populariti…. – Tiara Jacquelina

PETALING JAYA : Aktres dan penerbit tersohor Puan Sri Tiara Jacquelina,54, berpendapat individu yang ingin menjadi pelakon terbaik juga harus berani melalui keperitan sebagai seorang anak seni.

Katanya, disiplin, bakat dan dedikasi harus seiring sekiranya ingin bergelar seorang anak seni yang hebat.

“Kalau setakat hendak mengejar populariti dan glamor, jadi saja pempengaruh media sosial (influencer) dalam Instagram tetapi jika nak jadi pelakon, perlu bersedia dan berani menghadapi peritnya.

“Malah, pelakon yang baik juga perlu mengelakkan diri daripada terpalit dengan kontroversi serta tidak mudah melatah,” kata Tiara. 

Tiara berkata demikian dalam sesi siaran langsung Instagram bersama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) malam tadi.

Bukan saja disiplin yang tinggi, pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu juga berpendapat kelas lakonan merupakan platform terbaik untuk mengajar tentang keyakinan diri selain mengasah bakat sedia ada.

Selain Tiara, artis lain yang akan turut berkongsi kisah menarik mereka ialah Fauziah Ahmad Daud, Maya Karin, Syamsul Yusof, Mawi, Yana Samsudin, pengarah dan penerbit filem seperti Datuk Ziela Jalil, Fadzil Teh dan Datuk A. Aida.

Sesi tersebut yang bermula Sabtu lalu akan berlangsung sehingga 29 November ini pada pukul 9 malam menerusi Instagram Wartawan Hiburan. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *