Kakap merah Cherating pecut panik!

 Kakap merah Cherating pecut panik!

Oleh Zulkarnain Omar

KUANTAN: Cherating terkenal sebagai pusat peranginan dan pelancongan bertaraf antarabangsa sejak sekian lama. Namun di sebalik semua itu, mungkin ramai yang tidak tahu Cherating mempunyai lubuk untuk kaki pancing melempiaskan hobi.

Di situ terdapat Sungai Cherating yang turut membawa masuk air laut ketika air pasang sehingga ke hulu sungai. Lebar sungai tidak seluas mana dan panjangnya ke hulu sungai pun hanya kira-kira 6 kilometer. Sungai ini turut menggamit pengunjung dan pelancong termasuk dari Eropah.

Mereka melayari sungai dengan bot kecil untuk menikmati keindahan alam flora dan faunanya. Di tepian sungai pula, masih wujud hutan bakau yang merimbuni dan menjadi sarang pembiakan ikan pemangsa seperti kakap merah, siakap dan pelbagai spesis kerapu yang unik dan jarang dijumpai.

Penulis sendiri telah menduga sungai ini baru-baru ini dan terbukti Sungai Cherating tidak mengecewakan ketika kunjungan ke lubuk yang dikenali sebagai Lubuk Nyiur Sebatang. Dengan berumpankan sotong segar, spesies kakap merah tidak menunggu masa yang lama untuk menyambar dan melarikan umpan.

Sedar ada mata kail pada mulutnya, mangsa membuat pecutan panik untuk melepaskan diri.  Debaran pertarungan dengan spesis bermula dengan tali yang ditarik bertalu-talu dan bunyi nyaring seretan kekili.

Penulis bersama hasil tangkapannya

Dengan persiapan perambut berkekuatan 30 paun dan tali utama 20 paun, itupun sudah memadai untuk melayan permainan si kakap merah ini.

Waspada dengan pecutan spesis ini kerana lazimnya akan cuba menyusup ke akar bakau atau tunggul di dasar sungai untuk melepaskan diri.

Pemancing juga dinasihatkan tidak mengunci drag terlalu ketat kerana dikhuatiri perambut akan terputus disebabkan giginya yang tajam dan rakus ketika menyambar umpan.

Namun rezeki memihak kepada penulis. Hasilnya, seekor siakap merah seberat 3 kilogram tumpas dan menyerah ke tepi bot sebelum ditangguk.

Untuk makluman, siakap merah boleh diburu dari Kawasan muara sehingga jarak 4 kilometer ke hulu mengikut paras pasang surut air sungai.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  73  =  82