Kaka sebak ingat kisah make up di Watson sebelum persembahan dulu

 Kaka sebak ingat kisah make up di Watson sebelum persembahan dulu

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Kaka Azraff mengakui terhutang budi dengan peluang yang pernah diberikan oleh rakan selebriti, Zizan Razak ketika mula berkecimpung dalam industri dulu.

Kaka atau pemilik nama penuh, Nor Atiqa Noor Azraff berkongsi, Zizan turut menitiskan air mata ketika lagu Gila dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 35 baru-baru ini.

“Zizan sudi berduet ketika saya bukan sesiapa dalam industri seni. Dia tahu kesusahan hidup saya dahulu, yang mana saya bekerja keras bagi menyara keluarga. Namun, tidak pernah sekali pun dia mengungkit mengatakan dia yang menaikkan nama saya.

“Bila bercerita mengenai kepayahan kisah lalu, saya sebak terkenang momen pergi ke Watson untuk ‘make up’ sebelum membuat persembahan. Susah payah itu tidak ramai yang tahu, dan bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini.

“Saya tidak pernah rasa gah dengan diri sebaliknya terasa kecil seperti watak tempelan saja. Semestinya saya berterima kasih kepada Zizan yang ikhlas membantu saya sejak dulu lagi,” kata Kaka kepada Wacana.my

Terbaru, Kaka tampil dengan single berjudul Janjiku ciptaan Tysha Tiar dan MFMF. Lagu solo kolaborasi Warner Music dan Hotlink itu turut memaparkan realiti kehidupan rumah tangga Kaka bersama suami dan anaknya.

Lebih istimewa, muzik video arahan Adriana Tunku itu menceritakan realiti kisah rumah tangganya yang tidak terlepas dilanda badai.

“Rumah tangga mana yang sentiasa bahagia? Pastinya setiap perkahwinan di duga dengan cabaran dan rintangan tersendiri. Malah, saya juga berbangga dengan keputusan yang dibuat untuk mengahwini Adam biarpun ada yang kurang bersetuju.

“Sebagai suami isteri, penting untuk kita mempertahankan rumah tangga yang dibina dan jangan mudah mengalah. Banyak lagi yang akan ditempuhi pada masa akan datang,” kata Kaka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  8  =