Kaji dulu kronologi cerita, jangan terus kecam – Awie

 Kaji dulu kronologi cerita, jangan terus kecam – Awie

PETALING JAYA : Penyanyi rock legenda, Datuk Awie berharap orang ramai yang tidak mengetahui kronologi kes tuntutan ganti rugi sebanyak RM80,000 kepada Rozana Misbun atas kecederaan dialami bekas isterinya itu, tujuh tahun lalu untuk tidak meletakkan tuduhan melulu.

Jelas Awie atau pemilik nama penuh, Ahmad Azhar Othman, mereka yang baru saja mengikuti perkembangan kes tersebut perlu mengkaji cerita sepenuhnya sepenuh menghakimi dirinya.

“Hal ini sudah berlaku sepanjang tempoh tujuh tahun, kepada mereka yang tahu kisah ini pasti tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jadi kepada yang baru mengetahui perkara ini, jangan terus menghukum. 

“Kaji selidik dahulu kisah ini sepenuhnya sebelum menghakimi kerana ada kronologi apa yang berlaku. Jangan tuduh sembarangan dan menghakimi secara melulu saja. 

“Sekiranya pihak mahkamah sudah perintahkan untuk membayar, maka saya akur dengan keputusan yang diberikan. Saya yakin Allah SWT ingin menaikkan darjat dan ada yang lebih baik yang ingin diberikan kepada saya,” katanya kepada Wacana.my

Demikian komen Awie apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuannya mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memerintahkan perayu membayar ganti rugi berkenaan kepada Rozana.

Pada Mei 2016, Awie didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak.

Pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di rumah mereka di Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini.

Bagaimanapun, pada 7 Mac 2016, Awie dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara Awie membayar kompaun RM10,000 dan memohon maaf di mahkamah terbuka.

Awie dan Rozana berkahwin pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. 

Pasangan itu kemudian bercerai secara sah pada 1 November 2014.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

81  +    =  83