• Sunday, 20 June 2021, 11:42 am

Kadar vaksinasi Malaysia dahului Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina

 Kadar vaksinasi Malaysia dahului Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semalam berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersedia untuk memenuhi sasaran vaksinasi harian ditetapkan iaitu 150,000 suntikan vaksin setiap hari pada Jun sebelum ditingkatkan kepada 200,000 pada Julai.

Kelmarin, PICK mencatat kejayaan apabila 117,563 dos vaksin diberikan dalam sehari, jumlah tertinggi sejak program tersebut dimulakan.

Khairy berkata kadar vaksinasi Malaysia, termasuk dos pertama, telah mendahului Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Berdasarkan statistik yang disediakan ourworldindata.org (dos vaksin yang diberikan setiap 100 orang mengikut jumlah populasi), Malaysia dengan angka 9.3 diikuti rapat Indonesia (9.98) dan Brunei (12.06). Namun, Singapura berada di kedudukan hadapan dengan angka 69.19.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam menunjukkan 12,584,422 orang atau lebih satu pertiga daripada penduduk Malaysia sudah mendaftar untuk vaksin, manakala 2,282,783 telah melengkapkan proses vaksinasi.

Usaha meningkatkan kadar vaksinasi Malaysia diteruskan melalui penubuhan lebih banyak pusat vaksinasi, termasuk 1,000 klinik swasta di seluruh negara, serta melalui sistem pandu lalu.

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *