Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

 Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 April  — Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM46.63 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM18.56 bilion.

Bank pusat itu akan melaksanakan masing-masing satu tender pasaran wang lelongan matang pelbagai (RMA) RM6 bilion selama enam hari hingga 30 hari dan satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bagi tempoh tujuh hari.

BNM akan turut menawarkan dua tender Program Komoditi Murabahah berjumlah RM250 juta masing-masing selama 21 hari dan 62 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM39.6 bilion dan tender semalaman Murabahah RM14.0 bilion.

BNM juga berhak menolak bidaan bank untuk tender semalaman sekiranya kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4 petang.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

68  −  58  =