Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan

 Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Pada minggu ini, purata kadar faedah semalaman Islam kekal pada 1.72 peratus, manakala kadar satu, dua serta tiga minggu masing-masing berada pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus.

Bagi minggu yang baru berakhir, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA), tender repo terbalik dan tender Qard.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini meningkat kepada RM36.83 bilion berbanding RM34.30 bilion pada minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM18.63 bilion daripada RM23.60 bilion.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

26  +    =  36