Kadar inflasi makin meningkat, harga barang atasi kemampuan rakyat – Safwan

 Kadar inflasi makin meningkat, harga barang atasi kemampuan rakyat – Safwan

Ketua Armada Wilayah Persekutuan, Safwan Manoga

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Sehingga hari ini kerajaan pimpinan Dato Sri Ismail Sabri belum menetapkan Dasar Kewangan atau Dasar Fiskal negara yang jelas bagi membendung inflasi yang semakin meningkat di negara kita kata Safwan Manoga.

Ketua Armada Wilayah Persekutuan itu berkata, kadar inflasi negara semakin meningkat, kenaikkan harga barang mengatasi kemampuan rakyat manakala gaji purata rakyat Malaysia masih ditakuk yang sama.

“Kerajaan mengatakan dengan kawalan kos bahan api seperti petrol dan diesel pada harga yang ditetapkan akan menurunkan kadar inflasi.Tapi malangnya kaedah yang diguna pakai tidak berkesan malahan harga barangan asas meningkat sehingga 200%.

“Bilamana mereka terus mencatur kedudukan dan kuasa, rakyat Malaysia haruslah berganding bahu untuk menghadapi situasi ini.

“Pastikan kita sentiasa mengutamakan produk buatan Malaysia, elakkan membeli barang mengunakkan kad kredit, dan amalkan menabung.

Malah menurut Safwan lagi, kos barangan dijangka meningkat, beliau turut berharap rakyat di luar bandar mahupun bandar terus bersabar kerana perkara itu akan berakhir tidak lama lagi.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *