Kadar antara bank kekal stabil susulan operasi BNM

 Kadar antara bank kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 15 April — Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM37.19 bilion dan RM19.38 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk tujuh, 21 dan 32 hari.

Ia akan turut menjalankan tender Program Murabahah Komoditi (CMP) bernilai RM250 juta untuk 61 hari dan tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM4.5 bilion untuk lima hingga 32 hari.

BNM turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula (SBBA) dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga  RM33.2 bilion dan tender semalaman Murabahah RM13.6 bilion.

BNM berhak menolak bidaan bank untuk tender semalaman jika kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4 petang.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  5  =  7