Kabinet putuskan sama ada kos haji naik atau kekal awal tahun depan

 Kabinet putuskan sama ada kos haji naik atau kekal awal tahun depan

Idris Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan replika cek berjumlah RM36,500 kepada Eksekutif YPJ, Muhamad Jaberidin Mesron (dua dari kiri) pada Program Inspirasi Qaseh Kami di Masjid Al Jawaher, Mutiara Rini, hari ini

JOHOR BAHRU – Kabinet dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada berlaku kenaikan kos menunaikan ibadah haji atau tidak selewat-lewatnya Januari tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya akan mendengar taklimat berkaitan isu itu daripada Lembaga Tabung Haji (TH) terlebih dahulu yang dijadualkan diadakan minggu depan.

“Saya akan bawakan perincian taklimat TH itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri bagi capai keputusan muktamad.

“Dijangkakan, selewat-lewatnya bulan depan (Januari) Kabinet akan beri keputusan muktamad sama ada kos haji musim depan akan naik atau kekal.

“Setakat ini, kita tidak dapat hendak sahkan sama ada kos haji musim depan akan naik atau tidak. Kita akan bincang dulu, kos umrah pun dilaporkan sudah bertambah lebih RM2,000 sedangkan umrah itu hanya  dilakukan 10 hari, sahaja,” katanya selepas merasmikan program Inspirasiku Dana Inspirasi Malaysia dan Program Inspirasi Prihatin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Dewan Masjid al-Jawaher Mutiara Rini, di sini hari ini.

Sabtu lalu, kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat sehingga 50 peratus menjadi lebih RM30,000 berbanding kos sebelum ini, iaitu RM23,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, peningkatan itu disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kerajaan akan mengambil kira kepentingan pendeposit dan kebajikan bakal jemaah haji terutamanya golongan B40 dalam mencapai keputusan situasi menang-menang.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  8  =  1