‘Kabel’ sindiket penyeludupan tembakau kunyah diburu

 ‘Kabel’ sindiket penyeludupan tembakau kunyah diburu

Seorang lelaki bergelar Datuk antara tiga ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia setelah disyaki cuba menyeludup keluar dadah jenis methaphetamine dianggarkan bernilai RM14.4 juta menerusi Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 31 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan ada kakitangannya yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan tembakau kunyah di negara ini sejak 16 tahun yang lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir mengesahkan siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dilakukan jabatan berkenaan.

“Perkara ini dalam siasatan pihak kami,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Sebelum ini pihak media mendedahkan dalang utama sindiket yang dikenali sebagai Datuk M turut itu turut dikesan tidak pernah mengisytiharkan barangan import atau membayar sebarang cukai.

Nama Datuk M mula hangat diperkatakan apabila dikaitkan dengan satu sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai RM14.4 juta menerusi Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 31 Ogos lalu.

 

Antara tembakau kunyah yang dirampas dalam operasi kastam sebelum ini.

 

Difahamkan kegiatan sindiket yang dikepalai Datuk M itu dikatakan kebal kerana ada ‘kabel’ kuat melibatkan beberapa pegawai kanan JKDM sendiri.

Sindiket itu dikatakan bergerak bebas sehinggakan ‘menguasai’ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ini dilakukan bagi melancarkan operasi penyusupan barangan yang diimport dari India tersebut malahan sindikit tersebut juga didakwa turut bertindak menawarkan wang kepada beberapa pegawai kastam.

Abdul Latif menegaskan pihaknya turut bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.

“SPRM bebas untuk melakukan siasatan,” tegas beliau.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =