Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut dalam nahas helikopter

 Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut dalam nahas helikopter

PARIS, 8 Mac — Timbalan ketua parti konservatif Les Republicains (LR) Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, menurut Presiden Emmanuel Macron di akaun Twitter miliknya semalam.

“Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik … selama hidupnya, beliau tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara kita. Kematiannya satu kehilangan besar. Takziah untuk keluarga beliau,” tweet Macron, lapor Agensi Berita Xinhua.

Olivier Dassault, 69,Ā meninggal dunia pada Ahad dalam nahas helikopter di bandar Touques wilayah NormandiaĀ utara Perancis. Juruterbang helikopter itu turut terkorban, lapor radio tempatan Eropah 1.

DassaultĀ GroupĀ antaraĀ konglomerat terkaya di Perancis,Ā memiliki Dassault Aviation, pengeluar jet tentera dan Group Figaro, sebuah firma media.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1