Jutawan failkan saman terhadap didakwa tabur fitnah

 Jutawan failkan saman terhadap didakwa tabur fitnah

Muhammad Azlan (dua dari kiri) menunjukkan salinan saman yang difailkan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini

Oleh Suraya Ali

KUALA TERENGGANU, 28 April – Pengarah Urusan Azlan Al Amin Group Holdings Sdn Bhd, Muhammad Azlan Al Amin hari ini mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu.

Ia susulan perbuatan seorang daripada individu terlibat yang telah memuat naik status di laman sosial Facebook seperti berikut: “Azlan Al Amin, minta tolong mari jupe keluarga saya, mung dh cagar geran tanah keluarga kami sampai kena lelong, @ kami akan hantar lawyer kita fight di court.”

Menurut Azlan, beliau menyedari kewujudan status tersebut pada Jumaat, 23 April 2021 kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Posting tersebut kemudian dikongsikan seorang individu lain di akaun Facebook dalam group Cakna Besut Terengganu (CBT) dengan caption bertulis  seperti berikut: “Guana terr org kaya blanjo oram kg naik heli cagar tanah orang koksey ter.”

Posting yang ditulis oleh individu tersebut telah tular dan viral secara meluas di Facebook.

“Ekoran itu, nama saya terjejas teruk akibat daripada kecaman oleh ramai netizen,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini untuk menfaikan saman tersebut, hari ini. Semalam beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jertih di Besut.

“Masyarakat mula memandang serong dan ada yang menghina saya dan keluarga,” katanya.

Oleh itu, Azlan membuat keputusan untuk  membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang serta saman sivil kepada yang terlibat.

Tujuan tindakan undang-undang itu diambil, katanya, sebagai pengajaran kepada netizen supaya tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah dan menghina orang lain tanpa usul periksa.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  −  45  =