Jutawan belanja 300 penduduk naik helikopter

Oleh Mohammad Ishak
JERTIH, 9 Mac — Kira-kira 300 penduduk kampung sekitar daerah Besut melalui pengalaman dan keterujaan yang tersendiri apabila mereka berpeluang menaiki helikopter percuma.
Masing-masing seronok apabila diberi peluang melihat keindahan panorama daerah Besut  kira-kira 15 minit.
Azlan (kiri) bersama juruterbang.

Jutawan terkenal, Muhammad Azlan Abdullah @ Ali,  bermurah hati mengajak orang kampung menaiki helikopter sebagai penghargaan kepada mereka yang sebelum ini banyak membantu kehidupannya.

Azlan, 34, anak kelahiran Besut kini pemilik syarikat Azlan Al-Amin Properties Sdn Bhd yang tinggal di Kuala Lumur pulang ke daerah Besut Khamis lalu dengan helikopter.
Beliau bukan sahaja membawa penduduk daerah ini untuk menaiki helikopter malah turut membawa penduduk di Tumpat, Kelantan untuk mendapat pengalaman yang sama.
Kelibat beliau ketika berada di kampung halaman di Kampung Hong Tok Tor, dekat sini, menarik perhatian orang ramai kerana meletakkan sebuah helikopter di halaman rumah keluarganya dan menyediakan pengawal keselamatan untuk menjaga helikopter berkenaan.
Penduduk yang berpeluang menaiki helikopter itu turut berkongsi pengalaman indah menerusi media sosial sambil mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Azlan.

Selain penduduk kampung, Azlan turut membawa kedua ibu bapanya, Siti Aishah Ismail dan Abdullah @ Ali Ahmad untuk sama-sama menaiki helikopter mengelilingi Bandar Jertih.

Ibu dan bapa Azlan turut berpeluang menaiki helikopter.
“Ini hadiah untuk orang-orang kampung saya dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya, hari ini hari ke-4 bawa orang serta rakan-rakan saya naik helikopter,” tulisnya menerusi hantaran Facebook miliknya.
Seorang penduduk, Murni Idayu Shafie dari  Kampung Alur Lintah yang bernasib baik diberi peluang menaiki helikopter berkenaan melahirkan perasaan gembira dan menganggapnya satu pengalaman paling manis dalam hidupnya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8  +  1  =