Jumpa bayi di depan pagar rumah

 Jumpa bayi di depan pagar rumah

[Gambar ilustrasi]

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 12 Feb: Seorang lelaki menjumpai bayi perempuan di hadapan pagar sebuah rumah dalam satu kejadian di Taman Johor, di sini kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dengan hanya beralaskan kain dan kertas. Lelaki tersebut kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, bayi itu ditemui memakai baju hijau putih bercorak kartun dalam keadaan sihat dengan tali pusat masih mempunyai klip putih.

Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk pemeriksaan kesihatan dan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan bayi itu supaya menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 075562222.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

26  −    =  16