• Friday, 18 June 2021, 1:50 am

Jumlah terkini kes COVID-19 di dunia dan Malaysia berada di tahap membimbangkan.

 Jumlah terkini kes COVID-19 di dunia dan Malaysia berada di tahap membimbangkan.

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kes penularan dan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia masih berada di tahap membimbangkan dan menunjukkan peningkatan.

Berdasarkan data dari WHO, negara-negara ASEAN, Our World in Data dan juga data John Hopkins, kes di seluruh dunia terdapat 168,040,871 kes COVID-19 yang telah disahkan, termasuk 3,494,758 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 27 Mei setakat pukul 10 pagi hari ini.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal sebagai tiga negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

India masih lagi kekal senagai negara yang mempunyai kes baharu tertinggi dengan mencatatkan 211,298 kes harian terbaharu.

Bagi negara di ASEAN pula, Indonesia dan Filipina masih lagi kekal sebagai negara ASEAN yang mempunyai jumlah kes kumulatif tertinggi, masing-masing dengan 1,721,221 untuk Indonesia, 1,193,976 untuk Filipina manakala Malaysia dengan 541,224 kes.

Selain itu, sejumlah 1,545,967,545 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia sehingga 25 Mei.

Biarpun kes di Amerika Syarikat tinggi namun negara tersebut juga  mempunyai bilangan populasi  dengan 39.42 peratus yang telah divaksin sepenuhnya.

Bagi negara serantau Asia Tenggara, Singapura muncul sebagai negara yang mempunyai peratusan penduduk yang telah divaksin setakat ini dengan 27.63 peratus, diikuti Indonesia 3.74 peratus dan Malaysia 3.09 peratus.

Jadual di bawah juga menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia semasa kes-kes  COVID-19 terus meningkat.

 

NEGARA JUMLAH KES (Kumulatif) KES BAHARU (24 JAM) KEMATIAN

(Kumulatif)

% POPULASI YANG   DIVAKSIN SEPENUHNYA
AS        32,844,547          24,435    585,770 39.42 %
INDIA        27,369,093        211,298    315,235 3.06%
BRAZIL        16,194,209          73,453    452,031 10.03%
TURKI          5,212,123            8,738      46,787 14.45%
INDONESIA          1,791,221            5,034      49,771 3.74%
FILIPINA          1,193,976            5,310      20,169 0.94%
MALAYSIA              541,224            7,857       2,491 3.09%
THAILAND             141,217            3,323           920 1.42%
SINGAPURA               61,940                24             32 27.63%
VIETNAM                 6,111               180             45 0.03%
     
Angka-angka di atas adalah berdasarkan data WHO, negara-negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *