Jumlah suntikan vaksin harian tertinggi, 460,158 dos pada Khamis

 Jumlah suntikan vaksin harian tertinggi, 460,158 dos pada Khamis

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 16 Jul — Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan pada Khamis, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin COVID-19 di media sosial Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan 304,807 individu daripada jumlah itu telah menerima dos pertama manakala 155,351 lagi telah melengkapi dos kedua.

Sejak dilaksanakan pada 24 Februari lalu, jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 13,107,716 dos.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

40  −    =  36