Juara Grand Slam kecundang

 Juara Grand Slam kecundang

Emma Raducanu. FOTO Twitter

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pemain tenis wanita Britain Emma Raducanu akhirnya tewas pada perlawanan pertama selaku juara Grand Slam apabila ditundukkan straight set 6-2, 6-4 oleh pemain Belarus Aliaksandra Sasnovich di Indian Wells.

Beraksi selaku ranking dunia ke-22 Emma yang memburu kemenangan ke-11 berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu selepas bertanding atas tiket pemain kelayakan.

Aliaksandra yang berada di ranking ke-100 di dunia menewaskan pemain berusia 18 tahun itu 6-2 6-4 di pusingan kedua Terbuka BNP Paribas.

Emma mendapat bye pusingan pertama dijadualkan beraksi pada Piala Kremlin di Moscow dalam tempoh 10 hari.

Dia juga kini berlatih tanpa bimbingan jurulatih selepas menamatkan hubungan dengan Andrew Richardson yang dikenalinya sejak berusia 10 tahun berikutan kejayaan cemerlangnya pada Terbuka Amerika Syarikat.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

87  +    =  95