JPNP telah tanam 3.2 juta pokok

 JPNP telah tanam 3.2 juta pokok

Aktiviti menanam pokok pada program Penghijauan Malaysia@Pahang dengan kerjasama Jabaran Penyiaran Pahang.

KUANTAN, 23 November 2021 – Bahagian Pembangunan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menanam sebanyak 3.2 juta pokok pelbagai spesies tahun ini berbanding 1.2 juta tahun lalu.


Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPNP, Datuk Samsu Anuar Nawi berkata, aktiviti menanam pokok dilakukan sepanjang tahun membabitkan semua daerah di Pahang.


Menurutnya, antara program menanam pokok terbesar dilakukan tahun ini membabitkan kawasan Hutan Simpan Batu Talam, Raub.Lebih 20,000 pokok hutan di tanam diatas tanah bekas kebun durian Musang King.


Katanya, program tanaman pelbagai spesies pokok termasuk pokok penutup bumi juga turut dilakukan di kawasan hutan simpan Chini termasuk berhampiran Tasik Chini.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPNP, Datuk Samsu Anuar Nawi (kanan) dan Pengarah Jabaran Penyiaran Pahang, Ariffin Awang pada program Penghijauan Malaysia@Pahang dengan kerjasama Jabaran Penyiaran Pahang.


“Selain tanaman pesisir pantai projek utama yang diusahakan membabitkan tanaman kawasan hutan yang diceroboh, lokasi bekas lesen pembalakan, tapak matau atau tempat menyimpan balak dan petak pemuliharaan.


“Setiap tahun JPNP mengadakan program menghijaukan kawasan pusat pelancongan termasuk sekolah menerusi aktiviti tanggungjawab sosial dengan kerjasama agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pusat pengajian tinggi.


“Usaha memulihkan bekas kawasan kebun sayur dan bunga haram di Hutan Simpan Sungai Ichat, Cameron Highlands telah dilakukan dan hasilnya amat membanggakan apabila pokok spesies Damar Minyak, Meranti Rampai Daun, Merawan Siput Jantan dan Geruk kini hidup subur,” katanya dihubungi, di sini hari ini.


Samsu Anuar berkata, program menanam pokok diadakan setiap tahun yang dilakukan secara gotong-royong selain kontraktor dilantik.JPNP akan memantau semua projek bagi memastikan kejayaanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *