JPNP raih RM1.71 juta

 JPNP raih RM1.71 juta

Anggota Unit Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negara Pahang (JPNP) menyita balak dan mesin membelah kayu disita kerana melakukan kesalahan tanpa permit.

KUANTAN, 9 Disember 2921 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengumpul sebanyak RM1.71 juta kompaun dan ganti rugi berkaitan kes kesalahan hutan bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November lalu.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kutipan itu membabitkan 68 kes pelbagai kesalahan hutan yang direkodkan JPNP.


Katanya, daripada jumlah kes kesalahan hutan itu, 51 kes membabitkan kegiatan pencerobohan hutan, sembilan kes kesalahan transit dan empat kes perlombongan haram dalam hutan simpan.

Kesalahan memindahkan balak tanpa permit antara yang direkodkan JPNP.


“Masing-masing dua kes membabitkan kesalahan kawasan lesen tanah kerajaan dan kes berkaitan dengan industri berasaskan kayu.


“Jumlah kompaun dan ganti rugi yang dikutip oleh JPNP bagi tempoh Januari Hingga 15 November lalu adalah RM1,715,630.43,” katanya ketika pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di sini, hari ini.


Sementara Wan Rosdy berkata, sehingga November tahun ini, kawasan berhutan adalah berjumlah 2,039,816 juta hektar atau 57 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhan Pahang.

Kilang papan yang melakukan kesalahan dikenakan tindakan undang-undang.


Katanya, daripada jumlah itu, luas keseluruhan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Pahang adalah 1,597,967 44 hektar atau 44 peratus.


“Terdapat empat pecahan kawasan berhutan iaitu HSK (44 peratus), Taman Negara (tujuh peratus), rizab hidupan liar (tiga peratus) dan tanah kerajaan berhutan (tiga peratus),” katanya

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  −  19  =