JPNP kesan 105 kes kesalahan hutan tahun lalu

 JPNP kesan 105 kes kesalahan hutan tahun lalu

Antara jentera yang disita Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana digunakan untuk menceroboh hutan simpan di negeri ini.

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 30 April – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesan 105 kes kesalahan hutan yang dilakukan pelbagai pihak tidak bertanggungjawap sepanjang 2020.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, antara kesalahan yang banyak dikesan ialah menceroboh hutan simpan, memindahkan hasil hutan tanpa lesen dan aktiviti melombong dalam hutan simpan.

Menurutnya, sebanyak 70 kes daripada jumlah keseluruhan kes berkenaanĀ telah diselesaikan, sementara 10 kes telah didakwa dan tujuh kes telah diselesaikan serta disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Anggota Unit Penguatkuasa (UPK) Zon Pahang Barat memeriksa balak yang cuba dipindahkan tanpa lesen di Hutan Simpan Benchah, Lipis.

Katanya, kompaun bernilai lebih RM5.7 juta termasuk hasil rampasan telah dikutip.

Kejayaan berkenaan, katanya, hasil kesungguhan dan komitmen tinggi diberikan anggota pasukan Unit Penguatkuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Zon Pahang Timur dibantu Unit Tindakan Khas (UTK) Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang melakukan pelbagai cara untuk mengesan kegiatan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kerjasama erat pegawai pendakwaan juga melancarkan lagi pertuduhan terhadap pesalah di mahkamah hingga disabitkan dengan kesalahan dilakukan,” katanya kepada Wacana.my.

Beliau menambah, tahun lalu juga Unit Penguatkuasa JPNP turut merampas sebanyak 132 pelbagai jenis jentera.

Antaranya sebanyak 41Ā motosikal, 26 kereta dan lori serta 65 jentera berat seperti jentolak dan jengkaut.

Kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) mengukur balak yang cuba dipindahkan tanpa lesen di Hutan Simpan Jengka.

Katanya, tanaman yang diusahakan dihutan yang diceroboh ialah durian klon Musang King dan Duri Hitam selain manggis, pisang serta buah-buahan lain.

ā€œJabatan merekodkan 16.2 hektar tanaman di dusun haram yang dimusnahkan,ā€ katanya.

Seterusnya, JPNP melaksanakan program pemulihan di kawasan terlibat dengan menanam 4,000 pokok balak seperti keladan, meranti tembaga danĀ  gerutu pasir daripada 10,000 pokok yang disasarkan tahun ini.

Mohd Hizamri berkata, pihaknya akan terus berusaha memperkuatkan lagi pasukan Unit Penguatkuasa JPNP dalam memastikan kegiatan yang menyalahi undang-undang dapat dibanteras sekali gus mengelakkan kerugian pada kerajaan negeri.

Antara hutan yang diteroka kini di bawah program pemulihan JPNP

“Selain menambah lebih ramai jumlah anggota penguat kuasa di peringkat daerah dan negeri, kami juga berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan seperti kenderaan pacuan empat roda bagi tujuan aktiviti rondaan.

“Pemantauan dengan helikopter bagi mengesan kawasan ceroboh akan terus dilakukan selain menggunakan dron. Bagi pesalah hutan yang dikesan, mereka dan syarikat turut akan disenarai hitam,” katanya.

Antara hutan simpan yang menjadi tumpuan kegiatanĀ  menceroboh dan memindahkan balak tanpa lesen ialah Hutan Simpan Ibam, Rompin; Hutan Simpan Chini, Pekan; Hutan Simpan Jengka, Temerloh; Hutan Simpan Berkelah, Jerantut; Hutan Simpan Chini, Bera dan Hutan Simpan Kemasul, Bentong.

Aktiviti melombong secara haram banyak berlaku di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis;Ā Hutan Simpan Tersang, Raub; Hutan Simpan Ibam, Rompin dan Hutan Simpan Kechau, Lipis.

Kegiatan melombong emas dilakukan berskala sederhana dan kecil, sendikit terbabit menggunakan teknik palong dan dulang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

94  −  93  =