Johor tidak benarkan ibadah korban di masjid, surau

 Johor tidak benarkan ibadah korban di masjid, surau

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini hanya dibenarkan di 164 pusat penyembelihan berdaftar di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, penggunaan kawasan masjid dan surau untuk ibadah itu tidak dibenarkan berikutan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Tosrin Jarvanthi

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Johor serta wakil pusat sembelihan telah bermesyuarat pada 20 Jun lalu.

“Proses sembelihan, melapah dan membungkus daging korban semuanya dibuat di pusat sembelihan berdaftar.

“Jawatankuasa masjid dan surau atau penganjur ibadah korban akan mengambil daging yang telah siap dibungkus oleh pusat sembelihan untuk diserahkan terus kepada asnaf yang layak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jumlah petugas di pusat sembelihan untuk satu masa adalah dibenarkan seramai 25 orang.

“Petugas tersebut boleh digilirkan, namun,dalam satu-satu masa tidak boleh melebihi 25 orang.

“Waktu operasi rumah sembelihan dibenarkan dari 8 pagi hingga malam sepanjang empat hari raya korban,” katanya.

Pihak pengendali rumah sembelihan hendaklah memastikan standard operasi prosedur (SOP) COVID-19 dan melaksanakan sanitasi kawasan terlibat selepas kerja agihan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1