Johor terus sokong usaha Kerajaan Pusat – Hasni

 Johor terus sokong usaha Kerajaan Pusat – Hasni

Hasni (tengah) merasmikan Sambutan Hari RTM Ke-75 Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU, 1 April – Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad akan terus memberi sokong dan dokongan terhadap usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat dalam membangunkan negeri ini.

Beliau memberi jaminan itu bagi memastikan semua program dan perancangan kerajaan akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk manfaat rakyat.

“Saya memberi jaminan kepada YAB Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bahawa kita akan memastikan bahawa Johor akan bersama-sama dengan Kerajaan Pusat dalam memimpin negeri dan negara ini bagi memastikan segala program dan rancangan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Ini adalah menjadi tanggungjawab dan hasrat kerajaan negeri untuk menterjemahkan perancangan Kerajaan Pusat sebaik mungkin.

“Maka, pendekatan dan kaedah yang diamalkan kerajaan akan kita teruskan untuk meletakkan kepentingan kerajaan dan rakyat di barisan paling hadapan,” katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU Johor yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan beliau di Johor.

Sambutan Hari RTM Ke-75 Peringkat Negeri Johor

Hasni ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari RTM Ke-75 Peringkat Negeri Johor dan melancarkan Rancangan Tonggak Baharu JOHORfm, Bangsawan Radio ‘Ratna Ashikin Amirul Dunia’ di Auditorium Permata Sari, RTM Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Pengarah Penyiaran Johor, Ramlee Johari; dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud.

Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa sokongan pengundi terhadap Perdana Menteri di Parlimen Pagoh yang diwakilinya adalah lemah.

Kenyataan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin dan ahli BERSATU yang turut memberikan amaran bahawa kerajaan negeri Johor boleh tumbang pada bila-bila masa sekiranya wakil rakyat daripada parti itu menarik sokongan mereka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −    =  81