Johor terima RM6.56 bilion pelaburan dalam pelbagai sektor

 Johor terima RM6.56 bilion pelaburan dalam pelbagai sektor

Mohd. Izhar semasa menjawab soalan berkenaan pelaburan pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini

ISKANDAR PUTERI – Johor menerima pelaburan  sebanyak RM6.56 bilion melibatkan pelbagai sektor termasuk pembuatan dan perkhidmatan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, menerusi pelaburan itu 7,860 peluang pekerjaan mampu disediakan.

“Bagi memacu agenda pelaburan negeri pada masa depan, Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 (PIPNJ 2030) juga sedang dirangka.

“Pelan ini merupakan satu dokumen rujukan yang komprehensif dalam memacu agenda pelaburan negeri bagi tempoh 10 tahun akan datang dan dijangka siap hujung tahun ini,” katanya semasa menjawab soalan Tan Chen Choon (DAP- Jementah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.

Mohd. Izhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, pelbagai inisiatif sedang dilaksana dan dirancang kerajaan negeri bagi mengekalkan pelaburan sedia ada selain menarik pelaburan baharu.

Kerajaan negeri turut menubuhkan beberapa jawatankuasa khas pelaburan, antaranya Ibrahim Johor Economic Council (IJEC), Johor Economic Tourism Cultural Office (JETCO) dan inisiatif Singapura-Johor-Kepulauan Riau (SIJO-KepRi).

Sesi promosi bersama-sama bakal pelabur turut giat diadakan menerusi perbincangan secara dalam talian, katanya.

“Antara sesi dialog dan perbincangan yang diadakan dengan Johor Bahru Chinese Chamber of Commerce (JBCCI), Malaysia International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) dan Malaysia-Singapore Business Council & Singapore Business Federation (SBF),” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *