Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Johor salur lebih RM7 juta kepada petugas barisan hadapan

Oleh Nurman Nasyriq
KOTA ISKANDAR, 17 Mac – Kerajaan negeri menyalurkan bantuan berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam mengekang penularan COVID-19 di Johor.
Bantuan sebanyak RM200 secara ‘off off’ itu bakal memberi manfaat kepada seramai 35,136 petugas barisan hadapan di negeri ini.

Bantuan di bawah Agenda Johor Berkebajikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021 itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad kepada wakil agensi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini hari ini.
Turut menerima bantuan berkenaan ialah wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan.