• Sunday, 20 June 2021, 3:02 pm

Johor lanjutkan tempoh bayaran cukai tanah

 Johor lanjutkan tempoh bayaran cukai tanah

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 3 Jun — Bagi meringankan bebanan rakyat, kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun 2021 dengan pemberian rebat sebanyak 10 peratus hingga 30 September 2021.

Denda lewat tahun 2021, iaitu sebanyak 20 peratus dengan kadar minimum RM10 yang sepatutnya dikenakan bermula pada 1 Jun 2021, tetapi hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober 2021.

Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohamad berkata, langkah itu antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Kerajaan negeri amat memahami keluh-kesah rakyat yang terjelas akibat penguatkuasaan PKP penuh atau ‘total lockdown’ yang dilaksanakan mulai 1 hingga 14 Jun 2021 ekoran pandemik COVID-19.

“Selain bantuan yang diumumkan oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri turut akan melaksanakan pelbagai usaha, termasuk meneruskan inisiatif yang dilihat berkesan membantu meringankan bebanan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah itu akan dapat memberi masa yang mencukupi bagi pemilik menunaikan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai tanah masing-masing.

Kerajaan negeri amat menghargai usaha dan komitmen semua pemilik untuk menjelaskan bayaran cukai tanah mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *