Johor harap VTL darat turut dimulakan 29 November

 Johor harap VTL darat turut dimulakan 29 November

Hasni Mohammad menyampaikan replika cek bantuan PRE Ihsan Johor 3.0 untuk petugas IOW dan pengamal media kepada Mazlan (kiri) dan Naim Fahmi (kanan) di RTM Johor

JOHOR BAHRU – Johor berharap supaya pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dibuka bersekali dengan VTL udara mulai 29 November ini.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad amat berharap permintaan itu dipertimbangkan kerana terdapat kira-kira 300,000 rakyat negara ini yang bekerja secara harian dan berulang-alik ke republik itu setiap hari.

“Kenyataan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong amat dialu-alukan. Kerajaan negeri menggambarkan kepada kementerian berkaitan dengan pengumuman VTL itu, kalau boleh dapat disekalikan dengan VTL jalan darat.

“VTL menerusi udara telah dibincangkan, tetapi melalui jalan darat, kerajaan negeri meminta supaya tarikh pelaksanaan disekalikan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dipersetujui kedua-dua negara, semoga ia dapat direalisasikan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada petugas Info On Wheels (IOW) Jabatan Penerangan Johor dan pengamal media di Auditorium RTM Johor, di sini semalam.

Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura mengumumkan akan melancarkan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) bagi pengembara antara kedua-dua negara yang menggunakan mod pengangkutan udara bagi pengembara yang sudah lengkap divaksinasi.

VTL tersebut antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  5  =