Johor guna peluang dalam IMT-GT aktifkan semula  SIJO-KEPRI

 Johor guna peluang dalam IMT-GT aktifkan semula  SIJO-KEPRI

Hasni Mphammad menjawab soalan dalam Persidangan DUN Johor Ke-14, hari ini.

KOTA ISKANDAR – Kerajaan negeri Johor akan berusaha mengaktifkan semula Segitiga Ekonomi Singapura-Johor-Kepulauan Riau (SIJO-Kepri) menerusi penyertaannya dalam Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, penyertaan negeri ini dalam IMT-GT merupakan peluang keemasan untuk pihaknya meningkatkan hubungan antara Johor-Riau.

“Kerjasama IMT-GT akan diaktifkan dengan penubuhan ‘Joint Business Council’ yang dianggotai oleh kesemua 11 negeri yang terlibat, bersama-sama SME dan pelabur tempatan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam pelbagai peluang ekonomi yang boleh diceburi. 

“Sehubungan dengan itu, Kerajaaan Persekutuan pula menyasarkan jumlah pelaburan yang dapat ditarik di bawah IMT-GT bernilai hampir RM1 bilion bermula 2022 dan 2023 dengan kerjasama sektor awam-swasta, rakan-rakan strategik lain serta institusi antarabangsa seperti Asian Development Bank,” katanya semasa menjawab soalan daripada Sr. Dzulkefly Ahmad (PH-Kota Iskandar), Dr. Sulaiman Mohd. Nor (PH-Kemelah) dan Tan Chen Choon (PH-Jementah) pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-14, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, projek pembangunan Zon Ekonomi Khas Pagoh dijangka akan siap dalam tempoh lima hingga tujuh tahun. 

“Kerajaan Persekutuan menerusi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) telah melantik Johor Corporation (JCorp) untuk menjalankan Kajian Kemungkinan PSEZ dan Kajian Kemungkinan Pusat Perindustrian Gambir secara menyeluruh. 

“Pembangunan ini juga dijangka mampu menjadi pemangkin bagi pembangunan di kawasan Pagoh dan sekitarnya dengan memberi peluang pekerjaan dengan anggaran sebanyak 21,200 pekerjaan baharu kepada penduduk setempat,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *