Johor catat potensi pelaburan RM5.521 bilion

 Johor catat potensi pelaburan RM5.521 bilion

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14.

ISKANDAR PUTERI, 7 Sept — Johor mampu meraih pelaburan lebih RM5.5 bilion pada tahun ini dan pelaburan berkenaan hanya menunggu masa untuk ditandatangani.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, setakat 1 September 2021, nilai kumulatif pelaburan yang berpotensi dibawa masuk ke Johor dijangka mencecah RM5.521 bilion yang hanya menunggu masa untuk memeterai dokumen perjanjian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Larkin berkata demikian dalam sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14, di Kota Iskandar, hari ini.

“Invest Johor akan menerbitkan Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2020-2030 yang akan menjadi rujukan tambahan selain bagi Pelan Pembangunan Mampan Ekonomi Negeri Johor (2020-2030).

“Pelan tambahan strategik itu dapat membantu usaha penambahbaikan halatuju dan strategi dalam menarik aktiviti pelaburan berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata, Invest Johor dan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) giat melaksanakan pelbagai inisiatif mengekalkan pelaburan sedia ada selain mempergiatkan usaha memastikan Johor menjadi destinasi pelaburan utama.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), setakat 27 Ogos lalu menyatakan terdapat sebanyak 12,000 kekosongan pekerjaan yang ditawarkan di negeri ini.

“Berdasarkan rekod, bilangan individu di Johor yang hilang pekerjaan dalam tempoh antara Januari hingga 13 Ogos 2021 adalah seramai 3,915 orang dan daripada jumlah tersebut seramai 2,122 adalah lelaki dan 1,793 wanita.

“Industri pembuatan merupakan sektor yang menyumbang jumlah kehilangan pekerjaan yang tertinggi, iaitu melibatkan seramai 1,278 orang pekerja,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

93  −    =  91