Johor beri bantuan khas setengah bulan gaji, minimum  RM1,000

 Johor beri bantuan khas setengah bulan gaji, minimum  RM1,000

Hasni Mohammad (tengah) menunjukkan teks ucapan Belanjawan Johor 2022 sebelum pembentangan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini

KOTA ISKANDAR – Penjawat awam negeri Johor menerima bantuan khas setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Menteri BesarJohor, Datuk Ir. Hasni Mohammad semasa mengumumkan berita baik tersebut sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Menurutnya, bantuan khas itu akan dibayar sebelum akhir tahun ini.

“Tidak dilupakan juga jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri. 

“Kepada penjawat awam Negeri Johor yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 kepada kakitangan kerajaan negeri Johor dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor, sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.  

“Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA, petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ). Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2021,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2022 bertemakan ‘Memperhebat Kesejahteraan Johor’ pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  1  =  10