Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP

 Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP

JOHOR BAHRU, 6 Mei — Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, untuk terus beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata waktu operasi bazar Ramadan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai bermula 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri bermulaĀ 10 pagi hingga 10 malam.

ā€œBegitu juga dengan operasi bazar Ramadan diĀ daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)Ā iaitu bermula 3 petang hingga 8 malam manakala bazarĀ Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam,ā€ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarangĀ perubahan atau pindaan serta keputusan terkini daripada kerajaan negeri berhubung maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semalam,Ā Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tiga daerah di JohorĀ diletakkan di bawah PKPĀ bermula esok hingga 20Ā Mei berikutan jumlah kes aktif yang direkodkanĀ di lokaliti itu adalah tinggi dengan kebanyakanĀ kes adalah sporadik dalam komuniti.

Pada 30 April lepas, Bernama melaporkan empat bazarĀ Ramadan di negeri ini diarahĀ tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan ituĀ dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.

Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  22  =  27