Jodoh hanya bertahan empat tahun, Siti Saleha kembali solo

 Jodoh hanya bertahan empat tahun, Siti Saleha kembali solo

PETALING JAYA : Pelakon Siti Saleha yang menfailkan penceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar,36, sah bercerai dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Saleha,32, menjelaskan proses penceraian berlaku secara baik dan menerima ketentuan-Nya yang mana jodoh dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun. 

“Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding yang berlangsung itu.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Saleha mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Ahmad Lutfi pada 13 Oktober lalu.

Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Wargamaya mula menghidu keretakan rumah tangga pelakon itu apabila kali terakhir memuat naik gambar bersama suami pada 24 Mac tahun lalu sempena ulang tahun Ahmad Lutif yang ke-35. 

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  58  =  65