JKNP keluar 106 notis mahkamah terhadap pemilik premis, pengendali makanan

 JKNP keluar 106 notis mahkamah terhadap pemilik premis, pengendali makanan

Datuk Dr Bahari Awang Ngah

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 8 April – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengeluarkan 106 Notis Memerintah Kehadiran ke Mahkamah dengan nilai kompaun RM18,000 terhadap pemilik premis dan pengendali makanan yang didapati gagal mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Tindakan itu diambilĀ hasil Operasi Ramadan 2021 di seluruh negeri bermula 13 April hingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuk pengendali makanan terlibat tidak mengikuti kursus keselamatan makanan, tidak mempunyai suntikan anti tifoid dan tidak mematuhi kehendakĀ  pakaian sertaĀ  kebersihan diri pengendali makanan.

Dua premis makanan kotor diarah tutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1985 bagi kerja-kerja pembersihan.

Sepanjang operasi yang dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNP dengan kerjasama Pejabat Kesihatan DaerahĀ  itu, sebanyak 2,042 premisĀ diperiksa melibatkan 2,023 premis makanan dan 19 premis pembekal ais.

“Secara keseluruhannya kita dapati 1,982 atau 97.8 peratus premis tersebut berada pada tahap memuaskan dari aspek amalan kebersihan dengan markah purata tahap amalan kebersihan lebih 80 peratus.

“Selain itu, 4,341 pengendali makanan diperiksa dan 3,991 orangĀ atau 91.9 peratus mempunyai suntikan anti tifoid manakalaĀ  3,778 (87.2 peratus) telah menghadiri kursus keselamatan makanan,” katanya, di sini hari ini.

Dr Bahari berkata, operasi itu dijalankan bertujuan memastikan produk makanan di pasaran selamat dimakan dan mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

Kata beliau lagi, walaupun dalam suasana pandemik COVID-19 yang menyaksikan ekonomi peniaga terjejas, aspek keselamatan makanan perlu sentiasa dititikberatkan.

“Kita menggesa supaya golongan peniaga sentiasa mematuhi peraturan demi memastikan keselamatan makanan dan kesihatan orang ramai tidak terjejas.

‘Kita tidak ingin melihat peniaga dikenakan tindakan undang-undang hanya kerana kecuaian sendiri hingga menyebab mereka menanggung kerugian,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =