Jimat duit, bayaran kompaun saman dikurangkan hingga 80 peratus.

 Jimat duit, bayaran kompaun saman dikurangkan hingga 80 peratus.

PETALING JAYA: Berita baik buat seluruh pengguna jalan raya di Malaysia apabila kini anda boleh menikmati potongan harga untuk pembayaran saman atau kompaun yang dikenakan terhadap anda sebelum ini.

Difahamkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan bayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) bermula 9 hingga 12 Disember ini.

Pengurangan bayaran saman itu dilaksanakan sempena sambutan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula Khamis ini.

Bagaimanapun, diskaun saman berkenaan tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan. 

Segala kemudahan bayaran saman itu turut disediakan menerusi kemudahan Unit Mudah Alih JPJ dan Kioks JPJ di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan seluruh pejabat JPJ di seluruh negara.

Pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun seperti disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

Segala diskaun saman akan terbatal sekiranya ada kes yang melibatkan mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap yang belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

Selain itu, tawaran ini turut diberikan kepada semua Notis Saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa sahaja.

Oleh itu, orang ramai disarankan membuat semakan status saman terlebih dahulu, terutama rekod yang melibatkan saman AES (melalui portal mySIKAP JPJ), atau di mana-mana Kaunter Pejabat JPJ.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

87  −  80  =