Jika menang PRN Melaka, PN tawar RM200 buat penduduk

 Jika menang PRN Melaka, PN tawar RM200 buat penduduk

PETALING JAYA – Jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, Perikatan Nasional (PN) menawarkan bayaran RM200 sekali bayar kepada guru tahfiz, Kelas al-Quran, Fardhu Ain dan tadika di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Bantuan sama juga akan diberikan kepada anak-anak yang dilahirkan di Melaka bermula tahun ini sebagai insentif kepada rakyat dalam tempoh sukar sehingga memberi kesan kepada perbelanjaan menyambut kelahiran.

Di dalam pelancaran manifesto yang diumumkan semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua tawaran one-off itu adalah tunjang kedua dalam Ikrar PN yang memfokuskan keprihatinan kepada rakyat meliputi pelbagai aspek termasuk kesihatan mental dan jasmani, perumahan, kemudahan rekreasi dan pendidikan untuk setiap rakyat Melaka.

Pengerusi PN turut berjanji, kerajaan PN akan memastikan Melaka berada dalam kedudukan tiga negeri terbaik dalam pencapaian keputusan peperiksaan awam di negara ini.

“Selain itu, hab pendidikan latihan dan vokasional ataupun TVET akan diwujudkan di Melaka iaitu melalui kerjasama kementerian dan agensi berkaitan dan juga pihak swasta tempatan dan antarabangsa.

“Keprihatinan PN kepada rakyat adalah merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk belia dan juga wanita melibatkan golongan suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya dan pelbagai program bantuan kemahiran dan khidmat nasihat akan disediakan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Ikrar Perikatan Nasional bagi PRN Melaka.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

62  +    =  63