Adakan PRU pada waktu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab – Khairy

 Adakan PRU pada waktu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab – Khairy

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Khairy Jamaluddin tidak bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada waktu terdekat ini malah membidas cadangan itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

Menteri Kesihatan itu berkata Kementerian Kesihatan Malaysia berpandangan PRU tidak sesuai untuk dilakukan pada waktu ini dan perkara tersebut telah dibincangkan bersama pakar-pakar kesihatan dan juga Ketua Pengarah Kesihatan.

Khairy berkata PRN Melaka tidak dapat dielakkan kerana Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan tetapi Pilihan Raya Umum boleh dielakkan.

“Terdapat perkara penting yang saya nak tegaskan. Pertama keadaan kes COVID-19 yang masih membimbangkan, kemasukkan pesakit ke hospital yang semakin meningkat dan ketiga kemunculan varian baharu.

“Saya rasa jika diadakah Pilihan Raya Umum pada waktu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab.”

Malah menurut Khairy, KKM akan menasihati kerajaan untuk tidak melaksanakan PRU dalam masa terdekat ini, katanya dalam sidang media harian Menteri Kesihatan pada Jumaat.

Dalam pada itu, KKM akan mempergiatkan penguatkuasaan, khususnya di premis perniagaan dan restoran, berikutan laporan terdapat segelintir peniaga tidak lagi menyemak status vaksinasi pelanggan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *