Ji-Hyo cantas pendek rambut?

 Ji-Hyo cantas pendek rambut?


SEOUL : Bintang Runningman, Song Ji-Hyo mengejutkan banyak pihak apabila tampil dengan gaya terbaru berambut pendek baru-baru ini.

Tidak hanya peminat malah rakan baik yang juga merupakan anggota Running Man, HaHa juga tidak percaya dengan penampilan baru Ji Hyo.

Pastinya ramai yang mengenali bintang Korea ini yang cantik tanpa solekan dan sering tampil menarik dengan wajah aslinya. Malah, rambut paras bahunya itu juga antara penarik.

“Ini adalah short cut,” ujarnya secara ringkas mengenai potongan rambutnya itu.

Malah, dia juga turut memuat naik beberapa keping gambar dengan potong rambut terbaru itu dengan kapsyen memuji kekacakan rambutnya itu.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17  +    =  23