• Monday, 21 June 2021, 3:20 am

Jerebu dijangka Julai, cuaca kering hingga September

 Jerebu dijangka Julai, cuaca kering hingga September

Ketua Pengarah Jabatannya, Jailan Simon

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan yang berkurangan dan ketibaan cuaca kering di seluruh negara sehingga September ini berikutan akibat ketibaan Monsun Barat Daya, yang bermula kelmarin.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, berkata fasa awal peralihan monsun ini akan menyebabkan peralihan angin yang tidak stabil, sekali gus punca cuaca mendung dengan kemungkinan hujan dan ribut petir pada waktu petang.

“Apabila peralihan angin menjadi stabil, kejadian ribut petir dan hujan lebat akan berkurangan. Namun, akan berlaku hujan lebat sekali sekala pada awal pagi di negeri Pantai Barat iaitu Perak, Selangor dan Melaka akibat garis badai dari Selat Melaka.

“Cuaca di negara ini akan bertambah baik menjelang Jun susulan pertengahan fasa monsun itu, yang akan berlanjutan sehingga September,” katanya pada Wacana.my.

Selain itu, MetMalaysai turut meramalkan negara ini berkemungkinan dilanda jerebu rentas sempadan pada Julai atau Ogos, bergantung kepada tahap kawalan kebakaran hutan di negara jiran.

Tambahnya, rakyat Malaysia digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca oleh MetMalaysia bagi mendapat keadaan cuaca yang terkini serta amaran bencana alam yang melanda negara ini.

Aplikasi myCuaca boleh dimuat turun secara percuma di Google Store bagi pengguna Android atau App Store untuk pengguna iOS.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *