Jepun ada Roponggi, Malaysia Keponggi

 Jepun ada Roponggi, Malaysia Keponggi

PETALING JAYA: Keponggi Square akan menjadi pusat tumpuan di Kepong. Ia merupakan projek sulung pemaju Metropolitan Lake Development Sdn Bhd (MLD)

Ia dibangunkan di kawasan kejiranan Kepong dan akan ada Dataran Keponggi, yang diilhamkan daripada kawasan terkenal Roponggi, destinasi pelancongan di Tokyo , Jepun yang terkenal di dunia; pusat membeli-belah mewah, pusat hiburan dan tempat rekreasi dan pejabat.

(Roponggi di Tokyo adalah ilham kepada Keponggi)

Pemaju Keponggi mempunyai track record yang berjaya untuk membangunkan kawasan sebegini. Plaza Mont Kiara dan Publika merupakan hasil mereka yang popular di Kuala Lumpur. Kemudahan kehidupan moden semuanya di sana.

Dataran Keponggi seluas 6.8 ekar dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM220 juta dan merupakan fasa pertama projek Pelan Induk Tepi Laut Metropolitan seluas 14.6 ekar yang terletak bersebelahan Taman Metropolitan Kepong seluas 101.21 hektar. Pelan induk itu terdiri daripada ekosistem pruncitan dan kediaman. Keseluruhan nilai pembangunan kasar projek ini ialah RM750 juta.

Menurut sumber dari syarikat pembangunan itu, fasa pertama merupakan kondominium, fasa kedua apartment yang mempunyai peruncitan di bawahnya. Pembangunan seterusnya adalah bangunan tinggi yang menghadap ke tasik.

Rekod penduduk menyatakan Kepong mempunyai 350,000 penduduk dengan berpendapatan sederhana yang memegang purata gaji bulanan RM7,000. Kuasa perbelanjaan M40 dikatakan besar di Kepong. Majoriti mereka adalah berbangsa Cina.

Beliau berkata pandemik Covid-19 akan menjadi endemik akhirnya. Perniagaan akan kembali berkembang maju seiring dengan konsep Keponggi Sqaure.

Menurut kajian syarikat pembangunan hartanah itu lagi, penduduk Kepong boleh dibahagikan kepada dua segmen – generasi tua yang menggemari kopitiam dan makanan tempatan, dan generasi muda yang tinggal di Kepong untuk lebih dekat dengan ibu bapa mereka.

Generasi baru ini mencari keselesaan moden dalam hidup mereka seperti makanan dan jenama yang trendy. Keponggi menyokong evolusi berterusannya untuk memaksimumkan nilai bersama masyarakat setempat.

“Orang ramai mahukan gaya hidup baharu untuk Kepong. Terdapat kelas pertengahan yang berkembang pesat, maju ke hadapan, pemaju hartanah harus menumpukan pada pembangunan kawasan pinggir bandar dan bukannya pusat bandar.

“Kami mahu membina perumahan yang mudah didekati dalam kawasan di pinggir bandar. Dengan pembukaan semula ekonomi kami positif tentang pasaran. Unit kami hampir habis dijual selepas ekonomi dibuka semula. Pada masa ini, Keponggi telah menjual 80% unitnya,” kata pengurusan.

Dilancarkan pada suku ketiga 2021 (Q3’21), ia dijangka siap pada suku pertama 2023. Harga jualan hartanah di situ antara RM2.8 juta dan RM4.28 juta dengan pegangan pajakan selama 99 tahun.

Pada masa ini, Keponggi mempunyai 15% hartanah yang masih belum dijual manakala 80% daripada perjanjian jual belinya sudah ditandatangani.

Tema hijaunya termasuk ciri penjimatan tenaga melalui kawasan awam, panel solar untuk kawasan penggunaan tinggi seperti akses jalan raya dan laluan pejalan kaki, landskap yang menggabungkan taman seluas 250 ekar di sekelilingnya, dan sistem kitar semula yang direka khas untuk Metropolitan Waterfront.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4  +  3  =