Jentera Bersatu Sabah perlu kreatif – Ronald

 Jentera Bersatu Sabah perlu kreatif – Ronald

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

BELURAN, 29 Nov — Jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah perlu kreatif dan berinovatif dalam berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang di era COVID-19, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Mengambil contoh pendekatan berkempen secara dalam talian pada Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini, beliau berkata pendekatan itu mungkin lebih mencabar bagi menjayakan pilihan raya umum (PRU) akan datang di Sabah dengan capaian Internet yang masih rendah terutamanya di kawasan pedalaman.

“Sekarang adalah amat penting (ketika PRU belum dipanggil) bagi jentera pilihan raya setiap parti untuk mendekati pengundi.

Bersatu Bahagian Beluran kini ada 104 cawangan dan lebih 8,000 ahli yang boleh memanfaatkan masa sekarang untuk menyantuni rakyat, khususnya pengundi,” katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Beluran  kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Beluran.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berkata meskipun Bersatu Beluran mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, namun pendekatan kempen secara dalam talian juga perlu diselami dan diberi perhatian setiap jentera pilihan raya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

78  −    =  77