Jennie, Jisoo dan Riso negatif Covid-19

 Jennie, Jisoo dan Riso negatif Covid-19

SEOUL : Tiga anggota Blackpink Jennie, Jisoo dan Rose disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan selepas Lisa disahkan positif virus itu, semalam.

Berita itu disahkan oleh agensi pengurusannya, YG Entertainment menerusi satu kenyataan media hari ini. 

“BLACKPINK Jisoo, Rose dan Jennie disahkan negatif selepas melakukan ujian PCR COVID-19. Lisa juga setakat ini tidak mengalami sebarang simtom dan berada dalam keadaan yang baik.

“Keempat-empat anggota BLACKPINK telah divaksin sepenuhnya dan kami serta artis di bawah naugan kami juga telah memberikan perhatian yang teliti terhadap kesihatan serta keselamatan dengan mealukan ujian COVID dari semasa ke semasa.

“Kami juga berharap kesihatan Lisa dapat pulih dengan cepat dan kami akan terus memberikan kerjasama dengan mengambil kesemua langkah yang perlu untuk mencegah penyebaran COVID-19,” ujar wakil YG.

Menurut agensinya lagi, pihak mereka mengambil langkah segera dengan memaklumkan perkara tersebut kepada kakitangan agensi dan pihak yang pernah berurusan dengan Lisa.

Lisa atau nama sebenarnya, Lalisa Manoban dijangkiti virus berkenaan hanya beberapa bulan selepas artis kelahiran Thailand itu melancarkan single solonya, Lalisa.

Video muzik lagu Lalisa meraih 73.6 juta tontonan dalam tempoh 24 jam tayangan, memecahkan rekod untuk artis solo yang dibuat oleh oleh penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift dengan 65.2 juta tontonan menerusi video muzik berjudul Me! pada 2019.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17  −    =  8