Jenayah pemerdagangan orang, PDRM sasar capai Tier 1 atau Tier 2

 Jenayah pemerdagangan orang, PDRM sasar capai Tier 1 atau Tier 2

Datuk Seri Abd Jalil Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Malaysia kekal berdiri teguh dalam usaha memerangi isu pemerdagangan manusia.

Pendirian ini dibuktikan dengan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi jenayah itu di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata PDRM  menyasarkan untuk mencapai kedudukan Tier 1 atau Tier 2 dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam laporan Trafficking In Persons Report yang dikeluarkan United State (US) Department of State.

Beliau berkata usaha untuk mencapai sasaran itu akan dilakukan PDRM bersama agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

“Memang kita (berusaha) nak letakkan usaha kita di Tier 2 (atau) Tier 1 seperti Singapura dan Filipina. Kita telah mencapai Tier 2 sebelum ini (tahun 2017) dan kita akan memastikan usaha (terbaik) bersama agensi di bawah MAPO, tahun lepas (2020) kita diletakkan di Tier 2 Watch List,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ dan Bahagian D7 Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap JSJ di Menara KPJ, di sini semalam.

Tahun lalu, Jabatan Negara Amerika dalam laporan berkaitan kegiatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta kedudukan setiap negara dalam usaha membanteras jenayah itu meletakkan Malaysia di kedudukan Tier 2 Watch List.

Laporan itu menyatakan Malaysia berada di kedudukan berkenaan kerana tidak memenuhi standard minimum bagi memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, namun usaha yang signifikan oleh negara berkenaan tetap dilaksanakan.

 

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  8  =