Jenayah: Lelaki Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh

 Jenayah: Lelaki Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh

JOHOR BAHRU, 9 Mei — Polis menahan 13 lelaki warga asing kira-kira tiga jam selepas mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemukan dengan kesan tikaman di badannya di Jalan Senai Jaya 2, Taman Senai Jaya, Senai, dekat Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai SuptĀ Tok Beng Yeow berkata lelaki Myanmar berusia lingkungan 30an itu ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan oleh seorang lelaki warga Nepal di atas jalan raya tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, kira-kira pukul 5.40 pagi.

ā€œPemeriksaan awal pada tubuh badan si mati mendapati terdapat kesan kecederaan akibat ditikam di bahagian belakang leher, bahu kanan dan kiri, dada kanan serta perut. Sebilah pisauĀ pemotong sayur ditemukan di sisi mayat,ā€ katanya dalam kenyataan di siniĀ hari ini.

Beliau berkata kira-kira tiga jam kemudian polis menahan tiga warga Myanmar dan 10 warga India berumur antara 22 dan 50 tahun, serta merampas beberapa baju mereka bagi membantu siasatan.

Katanya kejadian dipercayai berlaku akibat pergaduhan melibatkanĀ si mati dan beberapa individu yang mabukĀ ketika itu.

Tok berkata kesemua mereka direman sehingga 14 Mei, dan kes disiasat mengikutĀ Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

24  −  16  =